Thursday 4 January 2018

PRINSIP ASAS PENGURUSAN ISLAM




 DISEDIAKAN OLEH:
  • ANIS BT ISMAIL (02DAT17F1086)
  • SITI NORLIS INTAN BT ISMAIL (02DAT17F1014)
  • DILAILA MUNIRA BT MOHD NOOR (02DAT17F1017)
  • FARAH ATHIRAH BT ABU SAMA (02DAT17F1038)
  • NUR FATEHATUL ILLIYA BT RAMLEE (02DAT17F1114)
  • FATIN AMIRAH BT ZAINAL (02DAT17F1074) 

DISEDIAKAN UNTUK:
PUAN WAN RUSWANI BT WAN ABDULLAH

ISI KANDUNGAN
1. PENGENALAN
2. OBJEKTIF
3. PRINSIP ASAS PENGURUSAN ISLAM
    3.1 AL-MUSAWAH
    3.2 AL-HURRIYAH
    3.3 AL-ADALAH
    3.4 KONSEP UBUDIYYAH
    3.5 AL-SYURA 
4. ORGANISASI
5. PENUTUP
6. LAMPIRAN
7.RUJUKAN


1. PENGENALAN

  Pengurusan Islam bertujuan untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat bagi manusia berpandukan Al-quran dan Al-sunnah yang telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad kepada umat manusia untuk mencapai matlamat tertinggi iaitu keredhaan Allah SWT. Ini menunjukkan manusia tidak mampu untuk hidup bersendirian. Manusia haruslah sentiasa berinteraksi antara satu sama lain. Hal ini termasuk dalam hubungan sesama manusia dalam usaha melahirkan kesejahteraan, keharmonian, keadilan dan keselamatan bukan hanya untuk kehidupan dunia tetapi juga merangkumi akhirat. Seperti bidang-bidang lain juga semuanya melibatkan hubungan secara langsung antara sesama manusia.


2. OBJEKTIF

   2.1 Menjaga keselamatan agama
  • Merupakan matlamat syariah yang pertama dan amat penting dalam kehidupan seorang muslim.
  • Agama merupakan pemisah kualiti sebenar seorang muslim dan berkait rapat dengan soal akidah.
  2.2 Menjaga keselamatan jiwa
  • Menjaga dan memelihara jiwa (nyawa) serta tubuh badan manusia.
  2.3 Menjaga keselamatan akal
  • Akal dan fikiran harus dijaga kerana ianya merupakan anugerah Allah yang paling berharga kepada manusia.
  • Akal adalah satu keistimewaan kepada manusia yang membezakan manuisa berbanding makhluk lain.
  • Akal juga mestilah disuburkan fungsi-fungsinya demi kebaikan ummah secara keseluruhan.
  2.4 Menjaga keselamatan maruah
  •  Memelihara maruah dan keturunan manusia merupakan salah satu matlamat syariah.
  2.5 Menjaga keselamatan harta
  • Menjaga harta dan pemilikan merupakan salah satu tujuan atau maqasid al-syariah. 

3. PRINSIP ASAS PENGURUSAN ISLAM

3.1 Al-Musawah

  • Al-Musawah adalah persamaan kedudukan setiap pentadbir atau pengurus di sisi undang-undang atau peraturandalam hak-hak asasi dan pada taraf atau status kemanusiaan.
  • Semua manusia berasal dari satu keturunan yang sama.
  • Perbezaan hanya dari aspek amalan, tanggungjawab dan ketakwaan sahaja.
PERLAKSANAAN MUSAWAH ( PERSAMAAN DI DALAM ORGANISASI)
  •  Semua warga organisasi harusla diterima sama rata, terutama daripada sudut peraturan dan undang-undang.
  • Warga organisasi hendaklah dilayan dan dihormati daripada sudut kemanusiaan, hal ini kerana setiap manusia mempunyai maruah, kecenderungan serta sifat dan cita rasa yang tersendiri.
  • Persamaan juga mestilah diaplikasikan daripada sudut peluang dan kemudahan yang diberikan agar setiap pekerja dapat merasai peluang dan hak yang sama.

3.2 Al-Hurriyah
  • Al-Hurriyah boleh didefinisakan sebagai kebebasan.
  • Prinsip ini bertitik tolak daripada hakikat pengiktirafan islam terhadapan kebebasan.
  • Islam Menentang sebarang bentuk perhambaan kecuali penghambaan terhadap Allah S.W.T.
3.2.1 Islam Menjamin Kebebasan Manusia
  • Bebas beragama,atau mengamalkan agama serta fahaman yang dianuti.
  • Bebas berfikir.
  • Bebas bersuara.
  • Bebas memiliki dan mencari harta.
  • Bebas menuntut ilmu.
  • Bebas bergerak.

3.2.2 Kebebasan Dalam Islam Dijamin Bagi Setiap Individu:
  • Ia tidak mengganggu kepentingan orang lain dan kepentingan awam. Oleh yang demikian kerana dalam islam, kepentingan umum mestilah didahulukan daripada kepentingan peribadi.
  • Tidak mengganggu kepentingan organisasi.Hal ini membawa maksud kepentingan organisasi haruslah dijadikan keutamaan berbanding dengan kepentingan dan kebebasan diri.

3.3 Al-Adalah
      Al-Adalah bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Dari segi istilah pula bermaksud meletakkan sesuatu itu pada tempatnya berdasarkan kepada ketentuan akidah syariah dan akhlak serta bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah.

3.3.1 Keadilan Boleh Dilaksanakan Seperti Perkara Berikut
  • Membuat sesuatu keputusan.
  • Keadilan terhadap Allah S.W.T.
  • Timbangan dan ukuran.
  • Pengurusan harta
3.3.1 Bentuk-Bentuk Keadilan
         1. Keadilan dalam bentuk bersamaan.
             Bonus tahunan,hak bercuti dan sebagainya.
         2. Keadilan dalam bentuk berbeza
             Setiap manusia berhak untuk diberi gaji oleh majikan mereka,tetapi terdapat perbezaan
             gaji berdasarkan kelulusan yang diperoleh dan tanggungjawab yang diberi.
         3. Keadilan dalam bentuk hak istimewa
             Hak istimewa yang diberikan kepada individu tertentu berdasarkan sumbangannya kepada
             organisasi.

3.4 Konsep Ubudiyyah
      AL Ubudiyyah didefinisikan sebagai ibadah manakala secara khususnya dapat difahami dengan
      erti pengabdian kepada Allah S.W.T. Hal ini menunjukkan sebab mengapa Allah S.W.T
      menciptakan manusia dan jin.

3.4.1 Perkara Penting Berkaitan Ubudiyyah Serta Hubungannya
  • Matlamat organisasi perlu selari demgan konse pengabdian diri kepada Allah.
  • Kaedah yang dilaksanakan untuk mencapai matlamat organisasi juga perlu seiring dengan konsep ubudiyyah kepada Allah. Ini menunjukkan cara untuk mencapai matlamat mengambil kira nilai dan prinsip islam serta menegaskan penolakan terhadap konsep 'matlamat menghalalkan cara'.
  • Budaya yang wujud di dalam organisasi harus disokong oleh semangat pengabdian diri kepada Allah. 
3.4.2 Kesan Positif Kepada Pembentukan Watak Warga Organisasi Serta Budaya Yang Diwujudkan
  • Warga organisasi akan berusaha untuk menjadikan setiap kegiatan sebagai satu ibadah dengan menjaga ada dan syarat-syaratnya.
  • Budaya yang wujud dalam organisasi menjadi sesuatu yang positif seiring dengan nilai dan prinsip agama. Hal ini akan menyumbang kepada pengurusan dan dapat kurangkan pelbagai bentuk perkara negatif.
3.5 Al-Syura
      Al-syura adalah muzakarah atau musyawarah iaitu amalm bermesyuarat sesama sendiri yang amat penting dalam kehidupan seharian kita.

3.5.1 Kepentingan al-syura
  • Keputusan yang dibuat bersama lebih baik daripada pandangan seorang. Jadi,keputusan yang dibuat lebih baik.
  • Keputusan yang dibuat akan menjadi lebih matang dan mendalam.
  • Syura juga dapat mengelakkan daripada berlakunya kekeliruan semasa membuat keputusan.
  • Kesalahan besar juga dapat dielakkan kerana keputusan dibuat secara bersama.
  • Syura juga dapat memberikan wadah untuk manfaat mereka yang berilmu,berpengalaman dan berkemahiran.
3.5.2 Sifat-sifat baik yang disyariatkan oleh Saidina Ali bin Abi Talib
  • Berpandangan jauh dan pintar
  • Tidak melakukan kezaliman
  • Jujur dan bertaqwa
  • Tidak pengecut
  • Adil
  • Tekun dan sabar 
 3.5.2 Fungsi syura dalam organisasi
  • Menggubal peraturan-peraturan organisasi.
  • Melakukan setiap aktiviti yang berfaedah mengikut syura.
  • Mengulangkaji dasar-dasar organisasi dan mencari cari untuk melicinkan organisasi.
  • Berkuasa melakukan pengisytiharaan rancangan darurat organisasi.
  • Ahli syura diberikan kebebasan untuk menyatakan pendapat.
  • Harta dan belanjawan organisasi digunakan sebagaimana yang diputuskan oleh syura.
4. Organisasi
    Organisasi ialah satu unit sosial yang terdiri daripada segelintir manusia yang bekerjasama antara satu sama lain bagi mencapat matlamat individu, kumpulan dan organisasi. Organisasi jugak bermaksud struktur perhubungan untuk menyelesaikan pekerjaan.

4.1 Ciri - ciri organisasi
  • Mempunyai hirarki atau autoriti iaitu tingkat aktiviti dan bilangan pekerja berbeza.
  • Pembahagian kerja mengikut jenis pekerjaan dan kemahiran seseorang itu.
  • Tempat menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman.
5. Penutup
    Pengurusan Islam dalam organisasi yang dipimpin adalah satu medium ke arah kepimpinan dan mencontohi kepimpinan Rasulullah S.A.W. Pemimpin yang diberikan jawatan sebagai ketua dalam bahagian masing masing haruslah berusaha membawa ahli dalam organisasi yang dipimpin mengikut panduan yang ditetapkan oleh Allah S.W.T yang terdapat di dalam al-Quran. Keprihatinan dan kebajikan yang dilakukan oleh setiap ahli merupakan unsur yang perlu dititikberatkan kerana kedua-duanya adalah tanggungjawab yang akan dipersoalkan .

6. Lampiran











 7. Rujukan
  • Buku teks pengurusan dalam islam
  • http://durriyahirtiyah.blogspot.my/
  • http://pengdalamislamgr.blogspot.my/2017/01/prinsip-asas-pengurusan-dalam-islam.html
  • http://letstudyaboutislam.blogspot.my/2016/07/prinsip-prinsip-asas-pengurusan-dalam.html